Saturday, January 2, 2010

Manusia Bermagnet Bhg.1

Salam semua...

Agak lama blog ini dibiarkan sepi. Jadi atas jemputan disini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu dengan para pelawat blog sekalian... Moga ia bermanfaat untuk kita bersama.

Ilmu ini saya dapat melalui salah sebuah program pembangunan diri yang pernah saya hadiri.

Menjadi Manusia bermagnet.

Manusia bermagnet bermaksud manusia yang orang mudah tertarik kepadanya dan dapat menarik orang lain kepadanya kerana akhlak dan tingkah lakunya yang murni. Terutama dalam membuat kebaikan. Bagi bahagian pertama saya ingin berkongsi 3 ciri-ciri manusia bermagnet.

Ciri2nya adalah:

1= 5S - senyum, salam (salam semut), sapa, sopan, santun

Senyum dan salam merupakan bahasa tubuh yang menunjukan kita seorang yang mesra. Seorang yang mesra mudah untuk bergaul dan membuatkan orang selasa berbicara dan berurusan dengannya. Namun yang demikian, adab dan tatasusila sebagai Muslim perlulah dijaga. Misalannya, lebih cantik dan manis jika senyuman dan salam hanya di praktikkan dengan jantina yang sama. Tidak salah kita senyum dengan penuh rasa hormat dan keikhlasan. Oleh itu senyumlah selalu (^_^)v

2= 5m- membaca, mengira, menulis, memikir, mengamal

Selalunya kita mendengar 3M sahaja iaitu membaca, mengira, menulis. Untuk memntapkan lagi diri 2 perkara lagi perlu ditambah iaitu berfikir dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Otak manusia ibarat sebiji gelas. Dalam proses membaca, mengira dan menulis kita telah memenuhkan gelas tersebut. Jika gelas tersebut sentiasa diisi tanpa isinya diminum maka isi gelas tersebut akan melimpah keluar bukan???.



Maka dalam menjadikan manusia bermagnet kita perlu memikir dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Dengan 2 element tambahan ini akan menjadikan gelas tersebut kurang isinya, bak kata pepatah "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang berbuah". Saya juga pernah mendengar "Perbezaan antara kekayaan ilmu dan kekayaan harta ialah ilmu akan sentiasa bertambah jika ia di kongsi bersama, namun kekayaan akan sentiasa berkurang (sedekah mampu menambahkan saham di dunia juga akhirat...) Jadi mari kita bersama-sama mengamalkan ilmu di dada untuk kabaikan bersama.


3= Memikirkan orang lain (Think Others)

Ia agak sukar bagi sesetengah orang. Saksikan klip ini.



Kredit utk KRU Studios

Jadilah seperti Notti yang sentiasa memilih untuk membuat kebaikan walaupun dikelilingi dengan kejahatan.

whatever we do, we should think of others.

Moga hari ini lebih baik dari semalam. (^_^)

Sekian sahaja untuk kali ini jumpe lagi di bahagian yang seterusnya...
__________________________________________________________________________________________
Kredit untuk http://zahirahz.blogspot.com/

Sunday, June 28, 2009

INGAT DAN BERINGATLAH!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..tamat sudah semeseter 3 ini dan bermulanya cuti! selamat bercuti kepada semua mentor gemilang dan di harap cuti ini dapat anda luangkan bersama-sama keluarga tersayang.

2 bulan yang lalu, kalau kita imbas kembali saat2 kita memasuki sem 3 ini, kita telah berazam pada diri sendiri..belajar bersungguh-sungguh, nak dapat DL, nak buktikan kepada parent dan kawan2 kita bahawa pelajar yang aktif dalam society mampu mencapai keputusan yang cemerlang dan lain2.........

Saat ini, selepas habis nya semester 3, adakah anda puas hati dengan pencapaian anda?puas hati dengan jawapan yang anda hasilkan sewaktu peperiksaan?......saat memikirkan perkara-perkara tersebut, terdetik di hati ini adakah kita mampu menjadi pelajar yang cemerlang? adakah kita sebagai mentor gemilang akan menjadi pelajar yang gemilang suatu hari nanti?

Sekarang, cuti sudah bermula...apakah yang anda akan lakukan bagi mengisi masa lapang ini? adakah anda membuat perkara yang baik? atau yang sia-sia?
Bagaimanakah perasaan keluarga, ayah dan ibu anda melihat anda menghabiskan masa bersuka ria dan sia-sia??

Baru-baru ini, dunia dikejutkan denagn kematian King og Pop. Michael Jackson kerana menghidap sakit jantung. Persoalannya, adakah beliau seorang muslim? kalau beliau seorang muslim, beruntunglah beliau kerana beliau telah mengikuti sahabat seperjuangan seperti Yusuf Islam yang tutut memasuki islam..

bersambung......



Monday, June 1, 2009

MENTOR GEMILANG HARUS MEMPUNYAI CIRI2 INI!

TUJUH CIRI2 KECERMELANGAN:

1)SOLAT YANG KHUSYUK
2)MENGHINDARI PERKARA LAGHO
3)MENUNAIKAN ZAKAT (BILA SAMPAI SERU)
4)MENJAGA KEHORMATAN DIRI
5)MENUNAIKAN AMANAH
6)MENJAGA WAKTU SOLAT
7)PEWARIS SYUGA FIRDAUS YANG KEKAL ABADI

SEMOGA GEMILANG TERUS UNGGUL!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

alhamdulillah...syukur ke hadrat ILLAHI kerana ana diizankan-NYA sekali lagi untuk berkongsi cerita dengan antum sekalian..sem 3 tahun 2009 ini memberi satu transformasi yang meyakinkan buat club gemilang..kenapa ana(saya) berkata begitu? mungkin ada sebahagian antum yang tahu bahawa  kebiasaannya setiap kali sem 3 kita kan mengalami kekurangan mentor..akibatnya mentor sukar mengawal kehadiran mentee yang banyak setiap kali muakha di langsungkan(mengikut pengalaman)..oleh hal yang demikian, ana bersama mainboard telah bersetuju untuk merecruit new committee untuk sem 3 sahaja bagi menampung mentor2 yang sedia ada..

antum semua pun sudah bersetuju supaya menerima komiti sementara dalam gmilang.....alkisahnya.....apabila ana bercakap tentang "committee" apa yang antum fikirkan?adakah sama komiti dengan ahli gemilang?mari kita sama2 huraikan satu persatu jangan ada yang salah paham buat kali kedua..

secara jujurnya, memang ada sebahagian daripada kita yang masih salah paham tentang konsep pengambilan komiti baru ini..antara salah paham yang di suarakan?
1) adakah mereka ahli gemilang yang tetap selepas itu?
2) apakah mereka akan dapat privilege yang serupa dengan ahli gemilang yang laen?
3)kenapa mereka tidak di interviewkan?
4) kemasukan mereka secara tiba2 akan menyusahkan PRC.

jawapan yang ana bagi kat antum semua adalah tidak sama sekali!
antum kena ingat..kita berada dalam keadaan disadvantage iaitu kekurangan mentor disebabkan kebanyakan mereka x mengambil sem 3. Jadi, adakah kita mahu mengambil risiko untuk mengawal semua mentee yang jumlahnya hampir mencecah 200 setiap program?
Maka, dengan itulah komiti baru d recruit..apakah function mereka?mereka hanyalah membantu mentor2 gemilang yang sedia ada dari segi menjadi cikgu dan motivator..segala persiapan sebelum program adalah tanggungjawab setiap kumpulan yang in-charge untuk muakha tersebut..komiti x terlibat langsung!

disebbkan mereka hanya direcruit untuk sem 3 sahaja maka mereka bukanlah ahli gemilang yang permanent..kenapa mereka x terus jadi ahli gemilangje??sebab mereka haruslah menempuhi sesi interview dahulu untuk sem 1 akan datang itupun kalau mereka berminat..antum kene ingat kita x boleh memaksa mereka untuk join gemilang sesuka hati..kita hanyalah volunteer..semuanya hendaklah dengan ikhlas dan rela hati..oleh hal yang demikian mereka automatically x dapat privelege sepertimana yang ahli gemilang laen dapat..ok sekarang antum sudah fahamkan..sebahagian mentor yang datang mase mass gath sudah memahami perkara ini.

alhamdulillah apa yang ana dapat perhatikan sepanjang 3 muakha berlangsung dalam sem 3 ini..komiti baru sangat ramai dan komited, dan kebanyakan mereka adalah engine dan economic students..saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada komiti2 baru yang sanggup bangun awal bersam2 kami mengambil mentee di sekolah, ade yang nak tolong catering dan ada yang sanggup jadi cikgu mengajar mentee2 yang d sayangi.ada di kalangan mereka sanggup menjadi abang/kakak angkat kepada adik2 ini. ana dengan rasa rendah hati begitu bangga dengan pretasi program muakha untuk sem 3 ini.

tahniah!!

  

KEMAAFAN YANG KUPINTA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam pertemuan kepada sahabat2 dan kenalan2 yang disayangi ALLAH sekalian..pertama2nya saya dengan rendah diri ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak meng-updatekan blog gemilang ini..al-maklumlah masing2 ada masalah dan ke-bzian study sehingga terlupa mengemas kinikan blog yang tercinta ini..

sahabat2..belom terlambat (mungkin) saya ingin ucapkan welcome back to UIA, garden of Knowledge untuk ahli2 mentor gemilang yang mengambil sem 3 ini..walaupun saya sedikit kecewa kerana tidak dapat mengambil even satu subjek untuk sem 3 ini namun saya masih bersyukur kerana ALLAH s.w.t telah memberi saya kelebihan untuk menfokuskn sedikit kepada Gemilang untuk sem 3 ini..untuk pengetahuan kalian..sem 3 adalah merupakan antara cabaran yang ter-hebat untuk mainboard gemilang dari dulu sehingga sekarang kerana pada sem inilah "KITA " kekurangan ahli bagi meneruskan perjuanagn gemilang yang tersayang..

baiklah sahabat2..sekali lagi saya inigin memohon kemaafan jikalau sem 2 yang lepas tidak menjanjikan perubahan yang positif terhadap kalian semua, tetapi bagi pendapat saya serta mainboard yang laen, sem 2 yang lepas merupakan titik2 permualaan transformasi dalam gemilang dari segi management,module,pendekatan ahli dan lain2 lagi..jikalaupun ada transformasi yang "mungkin " kalian x berkenan maka ia adalah kelemahan dari kami sendiri tetapi terpulang kepada anda yang mengubahnya untuk tenure yang akan datang..INSYA-ALLAH

kepada mentor2 gemilang,  teruskan perjuangan anda mendidik anak2 bangsa melayu. tanpa "kita" dan sahabat seperjuangan yang lain, siapalah yang akan membantu anak bangsa kita sendiri..walaupun mereka bukanlah adik kita sndiri tetapi ilmu walaupun sedikit yang kita berikan kepada mereka, mungkin suatu hari nanti akan mereka kenang sampai bila2..perjanjian yang kita lafazkan dan catitkan haruslah selari dengan perbuatan yang kita lakukan..kita harus pegang akan janji itu..ingat pesan nabi sahabat2 sekalian "sampaikan walaupun seayat". oleh hal yang demikian, tidak kisah setinggi manapun ilmu yang anda kecapi, jikalaupun x disampaikan kepada yang lain, ilmu itu akan jadi sia2..TETAPI kalaupun kalian hanya memiliki sedikit ilmu akan tetapi kalian berkongsi ilmu dengan yang lain INSYA-ALLAH dengan kuasa TUHAN PENCIPTA LANGIT DAN BUMI kalian akan dapat ganjaran dari perbuatan yang kalian lakukan itu..

WALLAHUALAM


Sunday, March 15, 2009

Gemilang Forum Mengaktifkan Diri

Selepas berapa lama, ia menidurkan diri.

Kini membangunkan diri dengan gaya yang lebih berprestij. anggun dan kontemporari.

Mengaktifkan diri dengan bantuan Moderator Zahirah.

Menamakan diri dengan gemilang.motionforum.net

Kini ia mentransformasi hidup warga Gemilang.

Saksikan debarannya di gemilang.motionforum.net

Daftar diri ya, gemilang.motionforum.net

Monday, February 16, 2009

mEnT0r!Ng & MgT C0urSe 070209

Sy diminta oleh president Gemilang club utk berkongsi pengalaman sebagai program manager utk mentoring and managementcourse yang telah berlangsung pd 7 February 2009 yg lepas. Bg sy menjadi PM sesuatu program bkn la suatu tugas yg mudah. Tanggungjawab yg tergalas kdg2 membuatkan sy tak tido lena.

Segalanya bermula disini...

Pd malam 19 januari yg lps 1 sms menjadi tamu handphone sy. Aiyu sbg GM group1 melamar sy dan tanpa berpikir panjang sy menerima lamaran tersebut.Perkara yg pertama yg ada dlm kepala sy ketika itu ialah deadline proposal, 22 jan merupankan tarikh keramatnya. Alhamdulillah, dengan kerjasama dr Aiyu dn Zaidi sy berjaya menyiapkn proposal tersebut dan proposal tu berjaya dihantar pd tarikh yg ditetapkn.

Namun kelegaan sy hanya seketika krn proposal tersebut perlu di serahkn sndirikpd asst student dev. division iaitu Bro. Khairuzain. walaupun sy dah pernah beberapa kali berjumpa dgn Bro ini tapidebarannya tetap terasa ;-P . Hampir 5-10 minit berada di pejabat beliau selepas brpeluh2 bersoal jawap dgn beliau, beliau pn menerima proposal tersebut. Alhamdulillah lega...

Masalah...

Oleh krn cuti yg agak byk sem ni. Sy terlupa utk menjenguk kembali ke S-Dev utk follow up approval letter. Sehiggalah minggu program, sy di lawati oleh sms dr President, Ichy. Lebih kurang berginilah kandungan sms tersebut... "Salam Kimah,bila Kimah anto propasal utk mentoring course? sbb approval letter takde..." Ya Allah, lupa!!! proposal. Dan bermula la babak2 cemas Ichy, Muna, K.Dayah Kadri dn sy (mintak n ampun ye sume...). Sy terus brgegas ke S-Dev utk menyelesaikn problem tersebut dn dgn izin Allah sumenya hanye salah faham dan approval letter mmg blum kluar lg krn lmbt proses yg di pengaruhi oleh cuti yg byk. Keesokn harinya approval letter berjaya diperolehi. Terima Kasih Abg. Din...

Pencarian venue...

Bermula dr LT5 Admin hingga lah ke LT1 Engin... Terima kasih ats usaha keras K.Ain yahya... Walaupun telah berlaku sedikit salah faham dan Alhambulillah sume tu berjaya diatasi... Selain masalah tempat satu lg masalah yg dihadapi ialah penceramah. Utk hari kejadian sy telah bersetuju utk menjemput dua org senior gemilang sbg penceramah iaitu Abg Lan dn Abg Azam. Sy telah memperuntukan slot mlm utk ceramah yg lebih kpd konsep kerohanian dn menerima cdgan Baizura utk tajuk KhidmatMasyarakat sbg jihad di jln Allah. Selepas seorg penceramah ke pnceramah dihubungi akhirnya sy dipertemukn dgn Akmal, yg mencdgkn nama slh seorg sahabatnya iaitu Bro. Mahfuz. Yg bersetuju tlh bersetuju utk hadir pd mlm tersebut.

Hari kejadian...

Tanggal 7 feb 2009, Walaupun kehadiran agak mendukacitakn yg mungkin dipegaruhi oleh faktor mid term dn kesihatan yg tidak mengizinkn. Namun segalanya berjalan dgn lancar dgn izin Allah. Majlis yg dipengurusikn oleh Baiti, yg di buka dgn Umul kitab dan alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Engku. Slot pertama dibuka oleh Abg Azam (module yg menarik... Terima kasih Abg Azam) dan seterusnya diikuti dgn module Tarzan (yg hampir2 menbuatkn sume org ilang sabar... Tahniah Akmal!). Kemudian ptgnya pula diikuti dgn slot Abg Lan dn Abg Ehsan yg berkongsi pengalaman mereka (Terima Kasih Abg Lan dn Abg Ehsan, video yg menyentuh hati dn pengalaman yg bererti).Majlis berehat seketika utk solat asr dn makan2 (Walaupun berlaku anjakan wktu tp Alhamdullilah segalanya dpt diatasi). Majlis diteruskn dgn Slot module teamwork, yg dipenuhi babak2 melucukan dgn pelbagai gelagat mentor2 (Tahniah K.Nisah dn team).Malam disusuli pula dgn ceramah yg disampaikan oleh Bro.Mahfuz ( Terima kasih krn sudi menerima jemputan...) dgn penyampaian yg bersahaja dn mudah di fahami dn Insyallah mampu membuka minda para mentor yg hadir.

Keseluruhannya...

Pengalaman menjadi PM utk mentoring course ini sgt berharga bg sy kerana sy byk mempelajari cara2 menguruskan program dn cara2 berkomunikasi dgn sume org. Sbg PM juga seharusnya byk memantau tugas2 ank2 buah dn bkn sekadar menberi tugasan. Pm jugak layak dtegur jika ada melakukn kesilapan. Krn manusia bkn sempurna dn ingat mengingati sgt penting utk memastikan segalanya berjalan dgn lancar. Masalah pasti ada, kite boleh memudahkan perkara tp kita tak boleh mengambil mudah setiap perkara.

Hidup adalah satu proses pembelajaran. Bila kite rasa kite tau sumenya, lihat kembali ke dlm diri. Pasti ada sesuatu yg kita tak tahu,krn hakikatnya hanya Allah lah yang Maha Mengetahui segalanya.

Perkara yg wajib yg sy lupe:1. Masterplan...2. Follow up approval letter...

Pesanan...
Kpd mentor2 yg bakal menjadi PM slps ini pastikan anda memberikan arahan yg jelas kpd commitee anda. Kepada Mentor yg hadir jutaan terima kasih sy ucapkn krn kedatangan anda sgt bermakna bg sy... Untuk mentor 09 syabas kalian mmg suporting "Quality not Quantity".

Akhir kata kejayaan program ini adalah kejayaan bersama dan kegagalan program ini adalah kerana kegagalan sy mengurusknnya...Terima kasih juga ats segala teguran dn kritikan membina yg akn sy jdkn sebagai panduan dlm hidup sy...

Jazakallah wa syukran jaza'