Monday, January 26, 2009

Saya Suka Jadi Mentee

Mentee dari Aceh dan Malaysia di KLIA

Mentor-mentor 03 yang selalu komited menjaga mentees dari Gemilang dan Aceh

Mentees yang gembira di tangga UIAM, sedang tunggu bas.

Sehati sejiwa nampak mentor dan mentees tu, baju macam sama sahaja. Cuba cari mana mentee saya.

Riangnya mereka apabila digambar dan tahu mentornya ada di sisi setia menemani.

Lihat sahaja ya, bagi yang ada gambar lagi menarik boleh hantar ke celan82@gmail.com.

Saya Suka Jadi Mentor


Mengambil beberapa kriteria dalam entri What makes a team strong! Banyak pula tanda (!) ya, fokus betul tu. Satu pun sudah memadai.

Mari kita sentuh hal komitmen, komunikasi dan bantu membantu.

"Bagaimana komitmen dalam Gemilang nanti, sanggup kah hadir program setiap minggu?" soal interviewer pertama.

"Bagaimana jika mentee anda selalu buat bising dalam aktiviti?" soal interviewer kedua sambil berpakat dengan interviewer yang lain melakonkan watak mentees yang bising dan tak mahu dengar cakap mentor.

"Saya akan cuba atur jadual masa saya, dan saya akan cuba terang kepada mentee sebaik mungkin dan ajak mereka bermain lagi sambil memberi nasihat. Saya puan ada adik di rumah, jadi sudah biasa dengan mereka," jawab bakal mentor dengan yakin dan tersenyum besar.

Nampak elemen komitmen, komunikasi dan bantu membantu tampak dengan jelas dan nyata semasa awal mahu menjadi mentor. Cuma komitmen itu pasti berubah-ubah mengikut situasi.

Mentor yang komited akan cuba mengawal komitmen dengan sebaik mungkin dan membantu mentee dan Gemilang dengan ikhlas dan sabar.

Komunikasi berkesan antara mentor dan mentee dalam Gemilang berlangusng melalui program Rendezvous, Family Gathering, Muakha (ini yang banyak), SMS, jumpa mereka dan bawa pergi jalan-jalan ikut kemampuan masing-masing.

Cuit-cuit jika kena gaya dengan mentee pun okey juga.

Cuit-Cuit Celan


Assalammualaikum.

Terima kasih diucapkan kepada pihak board bagi tenure 09/10 ini yang memberi peluang kepada saya mencuit di blog ini.

"Kenapa blog ini dibuka ya," tanya saya.

"Kami nak beri pendedahan kepada mentor baru berkenaan Gemilang," balas President Gemilang atau lebih popular dengan nama Ichi. Kini teknologi blog relevan di mana-mana sahaja.

"Bagus Gemilang ada blog ini," puji saya lagi lagak penasihat yang macam baik tetapi kadang-kala menunjukkan taringnya pada zaman jajahannya.

Okey, ini entri pertama, tunggu yang lain.