Thursday, January 29, 2009

Kami ke Rendezvous


Tarikh: 30 Januari hingga 1 Februari 2009
Tempat: Tengok gambar itu

Monday, January 26, 2009

Saya Suka Jadi Mentee

Mentee dari Aceh dan Malaysia di KLIA

Mentor-mentor 03 yang selalu komited menjaga mentees dari Gemilang dan Aceh

Mentees yang gembira di tangga UIAM, sedang tunggu bas.

Sehati sejiwa nampak mentor dan mentees tu, baju macam sama sahaja. Cuba cari mana mentee saya.

Riangnya mereka apabila digambar dan tahu mentornya ada di sisi setia menemani.

Lihat sahaja ya, bagi yang ada gambar lagi menarik boleh hantar ke celan82@gmail.com.

Saya Suka Jadi Mentor


Mengambil beberapa kriteria dalam entri What makes a team strong! Banyak pula tanda (!) ya, fokus betul tu. Satu pun sudah memadai.

Mari kita sentuh hal komitmen, komunikasi dan bantu membantu.

"Bagaimana komitmen dalam Gemilang nanti, sanggup kah hadir program setiap minggu?" soal interviewer pertama.

"Bagaimana jika mentee anda selalu buat bising dalam aktiviti?" soal interviewer kedua sambil berpakat dengan interviewer yang lain melakonkan watak mentees yang bising dan tak mahu dengar cakap mentor.

"Saya akan cuba atur jadual masa saya, dan saya akan cuba terang kepada mentee sebaik mungkin dan ajak mereka bermain lagi sambil memberi nasihat. Saya puan ada adik di rumah, jadi sudah biasa dengan mereka," jawab bakal mentor dengan yakin dan tersenyum besar.

Nampak elemen komitmen, komunikasi dan bantu membantu tampak dengan jelas dan nyata semasa awal mahu menjadi mentor. Cuma komitmen itu pasti berubah-ubah mengikut situasi.

Mentor yang komited akan cuba mengawal komitmen dengan sebaik mungkin dan membantu mentee dan Gemilang dengan ikhlas dan sabar.

Komunikasi berkesan antara mentor dan mentee dalam Gemilang berlangusng melalui program Rendezvous, Family Gathering, Muakha (ini yang banyak), SMS, jumpa mereka dan bawa pergi jalan-jalan ikut kemampuan masing-masing.

Cuit-cuit jika kena gaya dengan mentee pun okey juga.

Cuit-Cuit Celan


Assalammualaikum.

Terima kasih diucapkan kepada pihak board bagi tenure 09/10 ini yang memberi peluang kepada saya mencuit di blog ini.

"Kenapa blog ini dibuka ya," tanya saya.

"Kami nak beri pendedahan kepada mentor baru berkenaan Gemilang," balas President Gemilang atau lebih popular dengan nama Ichi. Kini teknologi blog relevan di mana-mana sahaja.

"Bagus Gemilang ada blog ini," puji saya lagi lagak penasihat yang macam baik tetapi kadang-kala menunjukkan taringnya pada zaman jajahannya.

Okey, ini entri pertama, tunggu yang lain.

Sunday, January 25, 2009

WHAT MAKES A TEAM STRONG?!


1.      Commitment:

·         Komitmen sangat penting dalam sesebuah organisasi atau berpasukan. Tanpa komitmen daripada setiap ahli, sesebuah pasukan tidak akan berjaya menyelesaikan tugas dengan jayanya. Setiap individu mesti mempunyai sifat mementingkan pasukan lebih daripada kepentingan diri sendiri sebab kita bergerak dalam satu team bukan bersendirian. A winning attitude is "I’ll forgo my own immediate gratification to help a team member succeed, because I know the personal joy that I experience when I help another team member."

2.      Appreciation:

·         Setiap ahli di dalam pasukan mesti berfikiran terbuka dan toleransi. Mereka harus percaya dan menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh individu yang lain. Walaupun terdapat kesalahan yang dibuat, namun berterus teranglah secara baik dan janganlah sampai mengguris hati ahli yang lain. Setiap manusia akan merasa dihargai sekiranya kita menerima setiap kebaikan dan keburukan nya dengan hati yang terbuka. Janganlah terlalu memaksa dan dengki antara satu sama lain. Berbincanglah dengan waras supaya dua2 belah pihak dapat menerima dan menghargai keputusan masing2.

3.      Time Together:

·         Untuk menguatkan silaturrahim di dalam pasukan, setiap ahli mesti mempunyai inisiatif sendiri dengan meluangkan masa bersama-sama ahli yang lain. Tidak pun lama sekejap pun jadilah, bertukar-tukar pandangan dan fikiran serta memberi dan menerima kritikan. Masa inilah setiap ahli meluahkan perasaan dan masalah masing2 dan tugas ahli yang lain adalah untuk menenangkan dan memberi semangat kepada mereka yang putus asa.

4.      Communication:

·         Di dalam berpasukan, komunikasi juga amat penting. Kadang2 sesetengah kita akan terasa apa yang kawan kita katakan padahal apa yang diluahkan itu merupakan satu nasihat yang betul. Jadi, setiap ahli mestilah berfikir mengenai perasaan ahli yang lain sebelum berkata-kata. Hati manusia apabila terguris amat susah untuk diubati. Setiap ucapan adalah doa, jadi ucapkanlah perkara yang elok, mahupun ia satu kritikan, ucapkanlah dengan cara yang berhikmah supaya individu yang lain tidak terasa dan kecewa.

5.      Religion:

·         Agama dan ilmu agama yang kita pelajari amat penting dalam berpasukan. Kita harus sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan tidak lupa menyayangi orang yang lebih muda. Walaupun kadang2 mereka tidak menghormati kita, namun usahlah berdengki, balaslah dengan senyuman kerana senyuman merupakan satu sedekah yang paling mudah. Jangan terlalu mengungkit kesalahan orang lain, simpanlah ia sebagai senjata untuk menyerang sekiranya diserang. Yang paling penting sentiasa memaafkan antara satu sama lain. Tidak salah bergaduh sekejap tapi maafkanlah dia secepat mungkin kerana nabi amat suka pengikutnya yang suka memaafkan org lain.

6.      Sense of Humor:

·         Setiap ahli harus paham karakter ahli yang lain. Kalu dia jenis yang panas, kitalah yang menyejukkannya, usahlah bertengkar atas perkara yang kecik. Mintaklah pendapat orang ramai dan muafakatlah bersama-sama. Apabila berkumpul, luangkanlah sekejap untuk bermuhasabah perkara yang kita telah lakukan sebelumnya. Gelak ketawa dan sedih bersama adalah ubat yang mujarab untuk meghilangkan tekanan. Setiap masalah pasti akan selesai jika kita bekerjasama.

7.      Share Responsibility:

·         Memang setiap ahli ada tugas masing2, namun ringankanlah tulang kamu untuk menolong individu yang kurang tahu. Setiap tanggungjawab yang diberikan adalah tanggungjawab berpasukan. Kalau seorang yang salah wajarlah satu pasukan yang salah. Jadi kita sama2 membantu antara satu sam lain. Oleh itu, berbincanglah antara satu sama lain dan jangnlah jadi macam katak di bawah tempurung.

8.      Common Interest:

·         Walaupun tidak semua ahli mempunyai minat yang sama, namun apa yang menyebabkan team kita kuat adalah menrima minat ahli yang lain dengan terbuka. Mana tahu suatu hari nanti kita juga terjerumus ke dalam minat yang sama. Jadi fahamilah rakan anda dan terimalah mereka seadanya.

9.      Service to others:

·         Sebagai satu team kita harus bekerjasama,tolong menolong antara satu sama lain. Jika mereka meminta tolong sesuatu ringankanlah mulut untuk memberi nasihat dan cadangan. Janganlah terlalu sombong dan berlagak. Satu team yang kuat akan terbentuk jika setiap ahli memahami antara satu sama lain.

10.  Seeking Help:

·         Bagi mereka yang kurang tahu, ringankanlah mulut anda untuk bertanya kerana tak tanya sesat jalan. Amalkanlah meminta nasihat kerana pandangan orang lain amat berguna sekiranya kita kekurangan idea.

Saturday, January 24, 2009

GEMILANG AWAY DAY 2009!!!

Selamat Kembali..
Pada 9-11 jan 2009 yang lepas, mainboard Gemilang 09 telah berlepas ke Penang dengan penuh semangat untuk membentangkan report aktiviti Gemilang untuk tahun lepas serta mengemukakan budget yang baru untuk aktiviti Gemilang sepanjang tahun ni kepada pihak BP yang diketuai oleh Datuk Rosli. Sebelum itu, seramai 42 mentor terlibat dalam perjumpaan tersebut. Objektif utama Gemilang Away Day ini diadakan selain daripada pembentangan hasil kerja Gemilang dan Budget, ia diadakan untuk menghargai sumbangan dan jasa yang diberikan oleh senior mentor di dalam Gemilang dan pemilihan mentor yang mengikuti Away Day ini berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan seperti tempoh beliau di dalam Gemilang, ke-aktifan dan sumbangan. Oleh hal yang demikian, pihak BP dengan sukacitanya memberi hadiah rangsangan kepada mereka serta sijil penglibatan mereka berdasarkan tempoh mereka di dalam Gemilang. 

Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Hotel 1926 Heritage, Penang, kami mendapat pelbagai kenangan dan pengalaman yang bakal kami kongsikan kepada mentor-mentor yang tidak berkesempatan bersama kami. Kami check-in pada pagi jumaat itu dan pada pukul 11.45 merupakan slot bersama En. Zuk, Person in Charge mengenai kegiatan Gemilang. Menurut beliau, tahun ini merupakan tahun pertama Gemilang memperkenalkan modul My-Science di mana kita akan menggabungkan elemen sains dan teknologi serta islamic knowledge di dalam setiap modul yang kita jalankan semsa program terutamanya MUAKHA. Tahun ini, kita akan akan focus dengan tema Save Our Energy dan Berjuang Bersama Rasulullah. Apa yang pasti, Gemilang tahun ini akan menekankan aspek kreativiti setiap mentee dan setiap hasil kerja mereka akan dipamerkan semasa Family Gathering nanti. 

Harus diingat setiap perkara yang baru mesti ada cacat celanya, maka kita harus sentiasa bersiap sedia dengan segala cabaran dan dugaan. Berbalik dengan Away Day tadi, kami start pembentangan pada pukul 2.30 petang jumaat. Apa yang dapat kami simpulkan di sini, kami berpuas hati dengan penyampaian setiap presenter dan mereka telah berjaya meyakinkan pihak BP, Madam Martinelli dan Dr Akmal Khuzairy. Berita gembira yang kami dapat dari Penang dan kami dengan sukacitanya ingin berkongsi dengan anda ialah, kita telah berjaya mendapatkan Total Sponsor sebanyak RM84 0000 termasuk pemberian alatan berbanding Total sponsor untuk tahun lepas sebnayak RM60 000. Di sini kami ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Ex-Mainboard yang berjaya membawa Gemilang selangkah kehadapan serta New-Mainboard kerana berjaya menaikkan sponsor daripada BP. Jadi untuk tahun ini kita mesti bekerja keras supaya kepercayaan yang diberikan oleh pihak BP dan Madam Martinelli tidak disia-siakn.

Kesimpulannya, Away Day kali ini memberi kenangan yang manis buat Ex-Mainboard dan New-Mainboard. Apa yang kami harapkan, segala ilmu yang kami dapati semasa Away Day ini dapat di sumbangkan kepada mentor yang lain supaya ia dapat dikembangkan dan dimanfaatkan. Akhir kata, ucapan jutaan tahniah sekali lagi diucapkan kepda semua yang terlibat menjayakan Away Day..

sekian.TQ 

Friday, January 23, 2009

NEW INTAKE INTERVIEW SESSION!!

Pada 24 dan 25 Disember 2008, kami telah mengadakan satu sesi interview untuk me-recruit mentor baru di mana memang sudah menjadi satu kelaziman atau tradisi Gemilang melakukan interview untuk mencari pelapis-pelapis mentor Gemilang. Disebabkan BP-IIUM GEMILANG adalah hasil kerjasama BP Asia Pacific dan International Islamic University of Malaysia (IIUM), maka sewajarnya pihak kami menjalankan sesi interview ini bagi memastikan setiap mentor yang terpilih adalah di kalangan yang terbaik. Alhamdulillah, berkat kesabaran yang dipamerkan oleh ahli-ahli mainboard 09, kami berjaya me-recruit sebanyak 38 orang daripada 40 orang yang sudah d-shortlisted-kan. Untuk pengetahuan anda, seramai 93 orang yang datang untuk sesi interview dan kami telah menapis berdasarkan beberapa kriteria yang telah kami tetapkan dan keputusan adalah muktamad.

Kesemua mentor baru yang telah di-rercuit telah membuat satu bai'ah (aku janji) di hadapan Presiden Gemilang sendiri di mana isi kandungan "aku janji" tersebut menyatakan komitmen semua mentor untuk mengikuti semua program yang telah dirancang sepanjang tahun. Sekiranya Mentor ingkar, mereka di nasihatkan untuk berhenti mengikuti program Gemilang berkuat-kuasa serta merta.

Alhamdulillah, dari apa yang kami lihat dan perhatikan semasa proses interview, kami dapat merasakan mentor-mentor baru ini lebih bersemangat dan telah berjanji untuk setia bersama kami selagi mereka tidak teraniaya. Kami cukup berbangga dan yakin mentor kali ini akan lebih konsisten dan bertanggungjawab atas apa saja tugas yang bakal mereka terima. Insya-ALLAH.

Sekian, TQ

ALMANAC GEMILANG 08/09

NEW GEMILANG'S MEMBER INTAKE: 24-25 DECEMBER 2008(IIUM)

GEMILANG INDUCTION COURSE: 9-11 JANUARY 2009 (ECO DUSUN RESORT)

GEMILANG AWAY DAY : 16-18 JANUARY 2009 (1926 HERITAGE HOTEL, PENANG)

GEMILANG RENDEZVOUS: 30 JAN-1 FEB 2009 (KEM BUKIT LAGONG, SELAYANG)

MANAGEMENT & MENTORING COURSE 1 : 7 FEB 2009 (IIUM)

MUAKHA 1: 14 FEB 2009 (IIUM)

MUAKHA 2: 21 FEB 2009 (IIUM)

MUAKHA 3: 28 FEB 2009 (IIUM)

GEMILANG FAMILY GATHERING: 7 MARCH 2009 (IIUM)

MUAKHA 4: 9 MAY 2009 (IIUM)

MUAKHA 5: 16 MAY 2009 (IIUM)

MUAKHA 6: 23 MAY 2009 (IIUM)

TURTLE SUNCTUARY : 30 MAY 2009 (MAA DAERAH, TERENGGANU)

UPWARDS: 25-26 JULY 2009 (IIUM)

MUAKHA 7: 1 AUGUST 2009 (IIUM)

MANAGEMENT & MENTORING COURSE 2: 7 AUGUST 2009 (IIUM)

IFTAR & KHATAMAL QURAN: 12 SEPT 2009 (IIUM)

ECOLOGY CAMP CHALLENGE 2009: 9-11 OCTOBER 2009 (IIUM)

TARANNUM CLASS: Sebulan 2 kali (start: 2 FEB 2009-MONDAY-8.30 PM)

USRAH: During Mass Gathering

WHAT IS BP-IIUM GEMILANG??

BP has been collaborating with International Islamic University Malaysia since 1997. Over the last 10 years, BP has sponsored BP IIUM Gemilang in running all the activities. The Mentoring Project has also brought the objectives of BP to educate the society through science and technology. In addition, BP IIUM Gemilang is the first community service programme through a joint collaboration between International Islamic University Malaysia, Ministry of Education and BP Asia Pacific (M). Furthermore, this Mentoring Project is a win-win project to raise the educational aspirations of schools children in UPSR examination and encourage them to pursue their study to the highest level of education.

As a model, the mentors have to be honest in their relationship with their charges. On the other way, mentees must also obey and respect their mentors to create a good relationship. Each mentor will guide 2 mentees for about 2 or 3 years. Usually, relationship between mentors and mentees will last forever although the mentees are no longer in this project.

WELCOME TO GEMILANG09!!

Assalamualaikum WarahmatULLAHI Wabarakatuh.

Selamat datang ke blog Gemilang 09. Kami amat mengalu-alukan anda semua untuk menyertai kami. Alhamdulillah bersyukur kami kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-NYA kami berjaya membuka atau membuat blog Gemilang untuk sesi 08/09 ini. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Gemilang mempunyai website sendiri, namun sejak beberapa tahun ini, website Gemilang tidak dapat diaktifkan atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun, Insya-ALLAH kami akan cuba sedaya upaya untuk meng-aktifkan balik website tersebut.

Pada hujung tahun 2008 (maaf tak ingat tarikh), Gemilang telah mengadakan Annual Grand Meeting (AGM) yang pertama sepanjang tempoh 10 tahun penubuhan Gemilang, untuk melantik tenure (mainboard) baru bagi sesi 08/09. Alhamdulillah AGM pada malam itu berjalan dengan lancar dan untuk tenure 08/09 kali ini, tanggungjawab Gemilang Club akan digalas oleh saudara Muhd Syah Iskandar B Sahmat (ICHI)-Aerospace Engineering. Dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh semua mentor, di harap Presiden Gemilang yang baru dilantik ini bakal meneruskan ke-Gemilangan serta meningkatkan pretasi semasa Gemilang Club. Di sini saya sertakan carta organisasi Gemilang untuk sesi 08/09

President: Muhd Syah Iskandar B Sahmat
Vice President 1: Ahmad Fikri B Mohamad
Vice President 2: Muna Munirah Bt Adzaudin
General Secretary: Noor Hidayah Bt Kadri
Assistant Secretary: Muhammad Asyraf B Saad
General Treasurer: Mohd Hasrol Nizam B Zulkifli
Assistant Treasurer: Siti Munirah Atirah Bt Mohammad Ismail
Head Module & Training: Nur Baizura Bt Sulaiman
Assistant Module & training: Siti Hajar Bt Mustapha
Head Public Relation & Commercial(PRC): Izzati Bt Azmi
Assistant PRC: farah Diana bt Ahmad Naim

Semoga tenure yang baru dilantik ini dapat bekerjasama antara satu sama lain demi meningkatkan kecermelangan akademik dan sahsiah adik-adik serta mentor sendiri.

Sekian, Terima Kasih