Sunday, January 25, 2009

WHAT MAKES A TEAM STRONG?!


1.      Commitment:

·         Komitmen sangat penting dalam sesebuah organisasi atau berpasukan. Tanpa komitmen daripada setiap ahli, sesebuah pasukan tidak akan berjaya menyelesaikan tugas dengan jayanya. Setiap individu mesti mempunyai sifat mementingkan pasukan lebih daripada kepentingan diri sendiri sebab kita bergerak dalam satu team bukan bersendirian. A winning attitude is "I’ll forgo my own immediate gratification to help a team member succeed, because I know the personal joy that I experience when I help another team member."

2.      Appreciation:

·         Setiap ahli di dalam pasukan mesti berfikiran terbuka dan toleransi. Mereka harus percaya dan menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh individu yang lain. Walaupun terdapat kesalahan yang dibuat, namun berterus teranglah secara baik dan janganlah sampai mengguris hati ahli yang lain. Setiap manusia akan merasa dihargai sekiranya kita menerima setiap kebaikan dan keburukan nya dengan hati yang terbuka. Janganlah terlalu memaksa dan dengki antara satu sama lain. Berbincanglah dengan waras supaya dua2 belah pihak dapat menerima dan menghargai keputusan masing2.

3.      Time Together:

·         Untuk menguatkan silaturrahim di dalam pasukan, setiap ahli mesti mempunyai inisiatif sendiri dengan meluangkan masa bersama-sama ahli yang lain. Tidak pun lama sekejap pun jadilah, bertukar-tukar pandangan dan fikiran serta memberi dan menerima kritikan. Masa inilah setiap ahli meluahkan perasaan dan masalah masing2 dan tugas ahli yang lain adalah untuk menenangkan dan memberi semangat kepada mereka yang putus asa.

4.      Communication:

·         Di dalam berpasukan, komunikasi juga amat penting. Kadang2 sesetengah kita akan terasa apa yang kawan kita katakan padahal apa yang diluahkan itu merupakan satu nasihat yang betul. Jadi, setiap ahli mestilah berfikir mengenai perasaan ahli yang lain sebelum berkata-kata. Hati manusia apabila terguris amat susah untuk diubati. Setiap ucapan adalah doa, jadi ucapkanlah perkara yang elok, mahupun ia satu kritikan, ucapkanlah dengan cara yang berhikmah supaya individu yang lain tidak terasa dan kecewa.

5.      Religion:

·         Agama dan ilmu agama yang kita pelajari amat penting dalam berpasukan. Kita harus sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan tidak lupa menyayangi orang yang lebih muda. Walaupun kadang2 mereka tidak menghormati kita, namun usahlah berdengki, balaslah dengan senyuman kerana senyuman merupakan satu sedekah yang paling mudah. Jangan terlalu mengungkit kesalahan orang lain, simpanlah ia sebagai senjata untuk menyerang sekiranya diserang. Yang paling penting sentiasa memaafkan antara satu sama lain. Tidak salah bergaduh sekejap tapi maafkanlah dia secepat mungkin kerana nabi amat suka pengikutnya yang suka memaafkan org lain.

6.      Sense of Humor:

·         Setiap ahli harus paham karakter ahli yang lain. Kalu dia jenis yang panas, kitalah yang menyejukkannya, usahlah bertengkar atas perkara yang kecik. Mintaklah pendapat orang ramai dan muafakatlah bersama-sama. Apabila berkumpul, luangkanlah sekejap untuk bermuhasabah perkara yang kita telah lakukan sebelumnya. Gelak ketawa dan sedih bersama adalah ubat yang mujarab untuk meghilangkan tekanan. Setiap masalah pasti akan selesai jika kita bekerjasama.

7.      Share Responsibility:

·         Memang setiap ahli ada tugas masing2, namun ringankanlah tulang kamu untuk menolong individu yang kurang tahu. Setiap tanggungjawab yang diberikan adalah tanggungjawab berpasukan. Kalau seorang yang salah wajarlah satu pasukan yang salah. Jadi kita sama2 membantu antara satu sam lain. Oleh itu, berbincanglah antara satu sama lain dan jangnlah jadi macam katak di bawah tempurung.

8.      Common Interest:

·         Walaupun tidak semua ahli mempunyai minat yang sama, namun apa yang menyebabkan team kita kuat adalah menrima minat ahli yang lain dengan terbuka. Mana tahu suatu hari nanti kita juga terjerumus ke dalam minat yang sama. Jadi fahamilah rakan anda dan terimalah mereka seadanya.

9.      Service to others:

·         Sebagai satu team kita harus bekerjasama,tolong menolong antara satu sama lain. Jika mereka meminta tolong sesuatu ringankanlah mulut untuk memberi nasihat dan cadangan. Janganlah terlalu sombong dan berlagak. Satu team yang kuat akan terbentuk jika setiap ahli memahami antara satu sama lain.

10.  Seeking Help:

·         Bagi mereka yang kurang tahu, ringankanlah mulut anda untuk bertanya kerana tak tanya sesat jalan. Amalkanlah meminta nasihat kerana pandangan orang lain amat berguna sekiranya kita kekurangan idea.