Thursday, February 12, 2009

Saya Suka Jadi Ketua

Menjadi ketua dalam keadaan perlu berdepan dengan mentor yang lebih senior mencabar kredibiliti ketua itu. Ketua adakalanya perlu membuat keputusan bagi menggerakkan projek secara menyeluruh. Juga keputusan yang mencabar hati setiap yang dipimpin.


Bagi ketua pelajar yang pertama kali menggalas tanggungjawab memimpin persatuan. Rasa gerun dan takut adalah normal dan pada masa yang sama merasai diri kurang sifat menjadi pemimpin yang ideal dan berjaya membawa projek ke arah yang lebih baik. Masanya melaksanakan segala info daripada kursus kepimpinan anjuran universiti.


Cara mengatasinya adalah dengan adanya tindakan bertulis yang menerangkan, visi, misi, perancangan program, perancang mesyuarat dan hal ehwal pentadbiran sedari awal menggalas tanggungjawab.


Gemilang melalui pelbagai fasa dalam pemerintahan, bagi tenure kali 08/09, pelbagai elemen baru disuntikkan. Terima kasih kepada BP yang masih menaja dan memberi amanah kepada mentor menjalankan modul MY Science.


Pihak modul sudah menyediakan panduan bagi melaksanakan modul itu dan diaplikasi semasa Muakha bagi persiapan Family Gathering. Ia menampakkan sistem pengurusan modul dan modus operasi diterangkan secara verbal dan bertulis adalah komunikasi efektif dan terancang.


Cara yang sudah bersistem itu dengan anugerah modul MY Science menjadikan Gemilang lebih tersusun dan semakin maju. Pihak pengurusan dan modul perlu bekerjasama menerangkan kepada mentor berkenaan modul itu. Mereka perlu pantas menyedari kelemahan dan kelebihan sistem itu. Mereka yang utama dan sensasi mengetahuinya.


MY Science adalah anugerah kepada Gemilang supaya menjadi lebih fokus dan menjadikan mentoring sebagai cara melaksanakannya.


Ada yang dengar berkenaan Nucleus Meeting. Masa yang diberi untuk mentor dan mentee mengenali lebih rapat dan beramah mesra. Kini dengan adanya MY Science mentor sudah ada modul yang disediakan dan pada masa itu boleh ubah ikut kepahaman sendiri dan menerangkan ikut cara yang santai dan gembira. Jadi paduan modul yang disediakan dan inisiatif mentor menjayakan Muakha itu adalah mentoring yang efektif dan berilmu.


Pihak pengurusan perlu fokus pada bahagian membangunkan Gemilang secara sistematik dan cepat belajar serta menjadi tauladan kepada mentor yang lain. Menjadi urus setia semasa program perlu dielakkan. Mereka hanya menjadi pembantu dan beri nasihat kepada mereka.