Sunday, February 8, 2009

iNDucTion course 09 (9-11 Jan)

Salam semua....
teman2 seperjuangan,khidmat masyarakat...
smg kalian berada dalam lingkungan limpahan rahmat dan kasih sayangNya, Tuhan sekalian alam, pemberi segala ilmu, amiin...


ingat lagi pada tangga2 yg ckup menyesakkn nafas sesiapa saja, tdk terkecuali, saya, malah tetamu kehormat kita, mdm Neli dn en Zuk sendiri?

maafla ye, sbnrnye bukan niat sy utk memilih tmpt sebegitu..
ttp dlm keadaan waktu yg begitu suntuk dn terhad. Tambahan pula, melihatkan website Dusun Eco Resort yg menawarkn harga b'patutan, maka setelah berbincang dgn Jaja dan Ichi, serta beberapa org lagi, kami membuat keputusan utk berprogram di situ.

Baiklah, moleklah kiranya sy ceritakan perjalanan program ini dari awalnya...
begini ceritanya wahai sahabat2 sekalian...

Jom jalan-jalan!

Setelah mendapat nasihat dan cadangan dari a.Saufi utk mengajak a.Madi meninjau2 keadaan tempat tersebut td, maka sy pun menghubungi a.Madi utk ke Bentong, Pahang. Perjalanan kira2 45 minit- 1 jam dari KL.

Apabila tiba di situ, kami dibawa oleh pihak pengurusan kem ke tapak perkhemahan. Ketika itu, kami tidak membawa sebarang bebanan(beg) pun, jelas terasa lelahnya...huhu...
Kami juga diberitahu bhw ada sekumpulan pelajar jurusan perubatan, juga menempah kwsn kem pada tarikh yg sama...
arggghhh! sudah...
diriku yg sememangnya cpt menggelabah ni pun apalagi...
tambah gelabah la jawabnya...

Maka dgn itu, kuputuskan, walau apa jua keadaan sekalipun, aku mesti bermusyawarah dgn pihak itu untuk mengelakkan sebarang konflik, dilema, atau apa jua perkara yg blh menimbulkan masalah...

Cukup setakat itu.

NikmatNya ku kecapi, syukran..

Saya ceritakan pula keadaan di UIA sendiri. alhamdulillah, benar rupanya kata2 ini. jika Allah memberi satu kepayahan atau kesedihan, maka akan digantinya dgn satu atau malah berlebih lagi kesenangan atau kegembiraan.

Mengenai pembentanagn dan perbincangan kewangan 2009 dgn pihak BP, Induction Course mndpt penambahan wang sebanyak RM 1000. Dahulunya, RM 5000, maka setelah penambahan dibuat, ia meningkat kpd RM 6000. Alhamdulillah...syukur...

Selain itu, En. Khairulzain juga tiada masalah utk memberikan kpd kami separuh dari wang tersebut bagi tujuan persiapan sblm program. Syukurku tidak terhingga...

Maaf ucapan ikhlasku..

Tidak kunafikan, terdapat beberapa masalah sblm prog:
1) nama mentor2 tercicir dalam senarai committee
2) kehadiran mentor2 09 yang sdh terpilih slps interview tdk begitu memberangsangkan
3) Sahabat2 ku sedikit kelam-kabut menyiapkan tugasan masing2 oleh krn masa yg suntuk itu
4)PA system hanya dpt dibwa ke kem pada hari sabtu (11 Jan)

Terus-terang, mmg sy sgt risau dgn masalah2 tersebut di ats.
Maka dgn itu, saya sekali lg secara terbuka memohon maaf kpd mentor2 yg tdk tersenarai namanya. Bukan ats sebarang dasar, ttp mmg kami terlepas pandang...

Walaubagaimanapun, tugasan dpt juga disiapkan atas smgt kerjasama yang tinggi dikalangan mentor2! SYABAS!

mengenai PA system, mungkin sy perlu belajar mengenai prosedur yg sdh ditetapkan olah pihak s-dev spy perlu ada staf yg mengiringi ke prog jk mahu menggunakan alat tersebut...
hurm...


Masanya telah tiba..Hari Jadi..

Hari jadi ialah pada hari jumaat (9 jan)
sy dan jaja, serta beberapa org shbt, menaiki van pada kira2 pkl 11 pagi

Tujuannya ialah spy:
1) dapatlah kami membuat sedikit persiapan spt memasang khemah....woooo...berpeluh tuh.
nasib x 'KM'..huhu. WOMEN'S POWER! semua muslimat saja yg dpt ikut trip pagi tu
2) dapat juga kami 'CHOP' dewan terbuka, krn prog kt banyak menggunakan ruang tersebut

Setelah itu, kami menunggu ketibaan rakan2 yg lain
merasa juga kalian naik lori yg tiba2 ada bangku yer...
hehe.. taniah!

Sepanjang program, tiada rasanya bagiku, masalah yg terlalu besar.
Cuma, lebih elok jika saya beritahu disini supaya

1) Kita sama2 'ALERT' dgn MASTER PLAN. utk pengetahuan, master plan SANGAT LAH
PENTING. ia bkn sekadar kertas dimana tulisan2 nya dikelilingi kotak2. malah tanpa
merujuk kertas tersebutlah membuatkan flow prog menjadi lambat dan kelam-kabut. Ambil
tahu apa tugasan2 anda mengikut masa yang telah ditetapkan.

2) Jadilah seorang khalifah yang MULTI TASKING. tak kiralah apa saja jawatan, malah yang
tidak ada jawatan sekalipun, didik diri anda untuk belajar semua perkara ketika
berprogram. ini kerana, ilmu itu terdapat dimana2 sahaja di sekeliling kita malah tanpa
kita sedari, kita menjadi semakin matang dgn menyerap serta mengaplikasikan ilmu2
tersebut dalam kehidupan seharian.

Memori tercipta, walau hanya seketika..

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kpd MENTOR2 & MENTOR2 09. tidak terkecuali, kpd MENTOR2 SENIOR yang sudi hadir berkongsi pengalaman dan memberi kata2 perangsang serta berprogram bersama2 kami...

Setinggi-tinggi peghargaan juga kpd Mdm Martinelli, En Zukifli dan Abg Madi atas kesudian menyampaikan penerangan mengenai khidmat masyarakat dan juga pengenalan kpd module BP My Science. Smg kita sama2 lah meningkatkan smgt kita utk terus menjalankan program2 slps ini..

sesungguhnya budi baik itu akan terbalas jua oleh kebaikan, dan Allah jualah sebaik2 pemberi ganjaran...

kepada barisan pejuang2 baru, mentor2 09, teruskan usaha anda mengenali dan mendekati khidmat masyarakat, FROM IIUM to the HEART of the UMMAH..

kepada barisan pejuang2 yang tidak pernah mengenal erti putus asa, bersama2 lah kita memantapkan jaringan perhubungan kemanusiaan, semoga ia terus subur di Bumi Allah ini...

ERATKAN PERSAUDARAAN, JALINKAN KEMESRAAAN BERSAMA

rasanya, itulah saja coretan saya utk edisi induction course 2009..
sudilah kiranya sahabat2 sekalian menyuarakan sebarang pendapat, komen, penambahan kata-kata atau apa saja yang mahu anda sampaikan

sesungguhnya saya seorang tidak dapat melihat satu perkara dari segala aspek
maka dgn sebab itulah jua kt bergerak secara berpasukan..

Kerjasama dan sokongan kalian, saya dahului dgn ucapan jutaan terima kasih...
Akhir kata, majulah GEMILANG untuk masyarakat CEMERLANG

SEMOGA SETIAP DETIK NAFAS YANG TERHEMBUS ADALAH UNTUK ISLAM=SEJAHTERA