Friday, February 6, 2009

di bukit lagong











RENDEZVOUS 09

































































go:


go!go!go!

Kenapa anda di panggil Mentor?

Mentor adalah manusia@hamba allah, yang biasanya lebih tua dan berpengalaman yang memberi nasihat dan bantuan dari segi pengajaran, support, kepada mentee yang biasanya orang yang lebih muda (eg: kanak2, students). Biasanya mentor akan memberi nasihat dan tempat menjadi rujukan kepada mentee dalam beberapa hal terutamanya pembelajaran. Oleh itu, mentor akan menganggap mentee sebagai adik ataw kawan. Mentor bekerja sebagai sukarelawan dan mereka tidak dibayar atas nasihat dan petunjuk mereka.

Mentor merupakan model kepada mentee. Oleh hal yang demikian mentor seharusnya memiliki sifat-sifat atau karakter-karakter yang bersesuaian dengan sifat mentor itu sendiri. Mentor haus bertanggungjawab di atas mentee mereka. Setiap ajaran, nasihat dan petunjuk yang diberikan kepada mentee adalah menjadi satu tanggungjawab mereka. Mentee selalunya akan mengingati ajaran daripada orang yang mereka rasa selesa untuk didampingi dan tugas mentor adalah mendekati mentee dan membenarkan mentee untuk meluahkan segala rasa yang terpendam dalam diri mereka.

semoga berjaya. 

Ber-Camping di Bukit Lagong

Assalamualaikum w.b.t
Selamat kembali dan terima kasih kepada senior2 gemilang serta mentor2 yang sudi melawati blog gemilang yang tak seberapa ini. Pertama-tamanya saya meminta maaf atas kelewatan untuk update gambar2 rendezvous aritu. Buat masa sekarang, kami agak bz dengan exam n study so kurang ckit nak mengemaskinikan blog ini. Baiklah berbalik kita kepada cerita asal, pada 30jan-1feb 2009, Gemilang telah mengadakan Rendezvous di mana program yang menemukan buat kali pertama mentaru baru dan mentee baru (kebanyakan darjah 4).

objektif dan motif utama rendezvous kali ini adalah mengeratkan ukhuwah antara mentaor dan mentee dan yang paling penting "kerjasama". Mungkin ada sesetengah mentor yang perasan kenapa rendezvous kali ini kurang modul dan banyakkan outdoor activities (flying fox, obstacles, wall climbing..ect). Memang pihak kami menyedari perkara ini awal2 lagi, namun kami tetap yakin bahawa objektif kami telah tercapai di mana nampak jelas sekali mentee dan mentor sangat enjoy dan excited apabila bermain. Kenapa kurang modul? pihak modul menyediakan hanya satu slot modul untuk rendezvous pada kali ini, bagi sesetengah mentor ia tidak cukup memandangkan rendezvous sebelum ini lebih banyak modul diketengahkan. namun kami merasakan dengan aktiviti luar yang sungguh mencabar dan memenatkan tidak relevan untuk kami memenatkan mentee2 ini lagi cuma apa yang kami boleh tambah setakat minor edugames sahaja.

baiklah, rendezvous kali ini sangat istemewa bagi kami kerana, program gemilaang tidak keseorangan bahkan kita telah berkongsi tempat (BUkit lagong) dengan satu club lain (YATIM) di bawah kelolaan UM. di sini apa yang kami dapat perhatikan pada hari pertama agak kelam kabut dari segi penggunaan suraw and dewan di mana kita terpaksa share dengan mereka tetapi alhamdulillah management rendezvous kali ini sangat peka dan cepat menyesuaikan diri dengan cepat. Terima kasih kepada Program Manager serta assistant PM Rendezvous iaitu, IZZATI and ARA. Apa yang kita harapkan adalah objektif kita tercapai dan mentee nampaknya bersungguh mahu mengikuti program Gemilang lagi untuk akan datang.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih kepada semua mentor yang hadir dan menjayakan rendezvous kita pada tahun ini. Semoga apa yang kita dapat, susaa, senang, penat, lelah kita akan menjadi pengajaran berguna untuk kita dan dikongsikan bersame mentee nanti. Insya-Allah

Sekian. Ma'as Salamah wa Ilalliqa'