Saturday, January 24, 2009

GEMILANG AWAY DAY 2009!!!

Selamat Kembali..
Pada 9-11 jan 2009 yang lepas, mainboard Gemilang 09 telah berlepas ke Penang dengan penuh semangat untuk membentangkan report aktiviti Gemilang untuk tahun lepas serta mengemukakan budget yang baru untuk aktiviti Gemilang sepanjang tahun ni kepada pihak BP yang diketuai oleh Datuk Rosli. Sebelum itu, seramai 42 mentor terlibat dalam perjumpaan tersebut. Objektif utama Gemilang Away Day ini diadakan selain daripada pembentangan hasil kerja Gemilang dan Budget, ia diadakan untuk menghargai sumbangan dan jasa yang diberikan oleh senior mentor di dalam Gemilang dan pemilihan mentor yang mengikuti Away Day ini berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan seperti tempoh beliau di dalam Gemilang, ke-aktifan dan sumbangan. Oleh hal yang demikian, pihak BP dengan sukacitanya memberi hadiah rangsangan kepada mereka serta sijil penglibatan mereka berdasarkan tempoh mereka di dalam Gemilang. 

Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Hotel 1926 Heritage, Penang, kami mendapat pelbagai kenangan dan pengalaman yang bakal kami kongsikan kepada mentor-mentor yang tidak berkesempatan bersama kami. Kami check-in pada pagi jumaat itu dan pada pukul 11.45 merupakan slot bersama En. Zuk, Person in Charge mengenai kegiatan Gemilang. Menurut beliau, tahun ini merupakan tahun pertama Gemilang memperkenalkan modul My-Science di mana kita akan menggabungkan elemen sains dan teknologi serta islamic knowledge di dalam setiap modul yang kita jalankan semsa program terutamanya MUAKHA. Tahun ini, kita akan akan focus dengan tema Save Our Energy dan Berjuang Bersama Rasulullah. Apa yang pasti, Gemilang tahun ini akan menekankan aspek kreativiti setiap mentee dan setiap hasil kerja mereka akan dipamerkan semasa Family Gathering nanti. 

Harus diingat setiap perkara yang baru mesti ada cacat celanya, maka kita harus sentiasa bersiap sedia dengan segala cabaran dan dugaan. Berbalik dengan Away Day tadi, kami start pembentangan pada pukul 2.30 petang jumaat. Apa yang dapat kami simpulkan di sini, kami berpuas hati dengan penyampaian setiap presenter dan mereka telah berjaya meyakinkan pihak BP, Madam Martinelli dan Dr Akmal Khuzairy. Berita gembira yang kami dapat dari Penang dan kami dengan sukacitanya ingin berkongsi dengan anda ialah, kita telah berjaya mendapatkan Total Sponsor sebanyak RM84 0000 termasuk pemberian alatan berbanding Total sponsor untuk tahun lepas sebnayak RM60 000. Di sini kami ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Ex-Mainboard yang berjaya membawa Gemilang selangkah kehadapan serta New-Mainboard kerana berjaya menaikkan sponsor daripada BP. Jadi untuk tahun ini kita mesti bekerja keras supaya kepercayaan yang diberikan oleh pihak BP dan Madam Martinelli tidak disia-siakn.

Kesimpulannya, Away Day kali ini memberi kenangan yang manis buat Ex-Mainboard dan New-Mainboard. Apa yang kami harapkan, segala ilmu yang kami dapati semasa Away Day ini dapat di sumbangkan kepada mentor yang lain supaya ia dapat dikembangkan dan dimanfaatkan. Akhir kata, ucapan jutaan tahniah sekali lagi diucapkan kepda semua yang terlibat menjayakan Away Day..

sekian.TQ