Saturday, January 2, 2010

Manusia Bermagnet Bhg.1

Salam semua...

Agak lama blog ini dibiarkan sepi. Jadi atas jemputan disini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu dengan para pelawat blog sekalian... Moga ia bermanfaat untuk kita bersama.

Ilmu ini saya dapat melalui salah sebuah program pembangunan diri yang pernah saya hadiri.

Menjadi Manusia bermagnet.

Manusia bermagnet bermaksud manusia yang orang mudah tertarik kepadanya dan dapat menarik orang lain kepadanya kerana akhlak dan tingkah lakunya yang murni. Terutama dalam membuat kebaikan. Bagi bahagian pertama saya ingin berkongsi 3 ciri-ciri manusia bermagnet.

Ciri2nya adalah:

1= 5S - senyum, salam (salam semut), sapa, sopan, santun

Senyum dan salam merupakan bahasa tubuh yang menunjukan kita seorang yang mesra. Seorang yang mesra mudah untuk bergaul dan membuatkan orang selasa berbicara dan berurusan dengannya. Namun yang demikian, adab dan tatasusila sebagai Muslim perlulah dijaga. Misalannya, lebih cantik dan manis jika senyuman dan salam hanya di praktikkan dengan jantina yang sama. Tidak salah kita senyum dengan penuh rasa hormat dan keikhlasan. Oleh itu senyumlah selalu (^_^)v

2= 5m- membaca, mengira, menulis, memikir, mengamal

Selalunya kita mendengar 3M sahaja iaitu membaca, mengira, menulis. Untuk memntapkan lagi diri 2 perkara lagi perlu ditambah iaitu berfikir dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Otak manusia ibarat sebiji gelas. Dalam proses membaca, mengira dan menulis kita telah memenuhkan gelas tersebut. Jika gelas tersebut sentiasa diisi tanpa isinya diminum maka isi gelas tersebut akan melimpah keluar bukan???.



Maka dalam menjadikan manusia bermagnet kita perlu memikir dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Dengan 2 element tambahan ini akan menjadikan gelas tersebut kurang isinya, bak kata pepatah "Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang berbuah". Saya juga pernah mendengar "Perbezaan antara kekayaan ilmu dan kekayaan harta ialah ilmu akan sentiasa bertambah jika ia di kongsi bersama, namun kekayaan akan sentiasa berkurang (sedekah mampu menambahkan saham di dunia juga akhirat...) Jadi mari kita bersama-sama mengamalkan ilmu di dada untuk kabaikan bersama.


3= Memikirkan orang lain (Think Others)

Ia agak sukar bagi sesetengah orang. Saksikan klip ini.


video
Kredit utk KRU Studios

Jadilah seperti Notti yang sentiasa memilih untuk membuat kebaikan walaupun dikelilingi dengan kejahatan.

whatever we do, we should think of others.

Moga hari ini lebih baik dari semalam. (^_^)

Sekian sahaja untuk kali ini jumpe lagi di bahagian yang seterusnya...
__________________________________________________________________________________________
Kredit untuk http://zahirahz.blogspot.com/

2 comments:

  1. Salam Ziarah. a very informative post. keep up the good work.

    MuNsYi Journalism Club

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih ats ziarah. Insyallah, masih belajar.

    ReplyDelete