Friday, February 6, 2009

Ber-Camping di Bukit Lagong

Assalamualaikum w.b.t
Selamat kembali dan terima kasih kepada senior2 gemilang serta mentor2 yang sudi melawati blog gemilang yang tak seberapa ini. Pertama-tamanya saya meminta maaf atas kelewatan untuk update gambar2 rendezvous aritu. Buat masa sekarang, kami agak bz dengan exam n study so kurang ckit nak mengemaskinikan blog ini. Baiklah berbalik kita kepada cerita asal, pada 30jan-1feb 2009, Gemilang telah mengadakan Rendezvous di mana program yang menemukan buat kali pertama mentaru baru dan mentee baru (kebanyakan darjah 4).

objektif dan motif utama rendezvous kali ini adalah mengeratkan ukhuwah antara mentaor dan mentee dan yang paling penting "kerjasama". Mungkin ada sesetengah mentor yang perasan kenapa rendezvous kali ini kurang modul dan banyakkan outdoor activities (flying fox, obstacles, wall climbing..ect). Memang pihak kami menyedari perkara ini awal2 lagi, namun kami tetap yakin bahawa objektif kami telah tercapai di mana nampak jelas sekali mentee dan mentor sangat enjoy dan excited apabila bermain. Kenapa kurang modul? pihak modul menyediakan hanya satu slot modul untuk rendezvous pada kali ini, bagi sesetengah mentor ia tidak cukup memandangkan rendezvous sebelum ini lebih banyak modul diketengahkan. namun kami merasakan dengan aktiviti luar yang sungguh mencabar dan memenatkan tidak relevan untuk kami memenatkan mentee2 ini lagi cuma apa yang kami boleh tambah setakat minor edugames sahaja.

baiklah, rendezvous kali ini sangat istemewa bagi kami kerana, program gemilaang tidak keseorangan bahkan kita telah berkongsi tempat (BUkit lagong) dengan satu club lain (YATIM) di bawah kelolaan UM. di sini apa yang kami dapat perhatikan pada hari pertama agak kelam kabut dari segi penggunaan suraw and dewan di mana kita terpaksa share dengan mereka tetapi alhamdulillah management rendezvous kali ini sangat peka dan cepat menyesuaikan diri dengan cepat. Terima kasih kepada Program Manager serta assistant PM Rendezvous iaitu, IZZATI and ARA. Apa yang kita harapkan adalah objektif kita tercapai dan mentee nampaknya bersungguh mahu mengikuti program Gemilang lagi untuk akan datang.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih kepada semua mentor yang hadir dan menjayakan rendezvous kita pada tahun ini. Semoga apa yang kita dapat, susaa, senang, penat, lelah kita akan menjadi pengajaran berguna untuk kita dan dikongsikan bersame mentee nanti. Insya-Allah

Sekian. Ma'as Salamah wa Ilalliqa'

No comments:

Post a Comment